Sunday, December 22, 2013

No Clue

Start to fog up my life again
Just want to do so.
And trapped in that addicted space.
And still trying and keep finding the right tunnel
but at the end still choosing
the wrong path..

Tuesday, November 26, 2013

Bukak Mata Luas-luas Semua

Jangan sebab dia buat DANNG! apa yang kau cakap,
ape yang kau buat, ape yang kau mintak.

Kau naik atas pijak-henyak kepala dia

Biar ada considerate sama.

Wednesday, November 13, 2013

Pesan Ibu

Ibu kata carilah lelaki yang boleh cintakan kita
--Demi Allah
Bukan yang perlukan perempuan
Kerana bertuhankan nafsu
Biar takde lelaki dekat
Kalau yang punca dia menjauh itu,
Baju gedabak, tudung labuh segala
Jangan awak tunduk tayang semua
Sebab kejar serakah lelaki buta

Saturday, November 2, 2013

Monolog Kosong

Dari tadi siang, 
Pagi semalam,
Petang kelmarin,
Malam haritu,
Minggu lepas,
Bulan Oktober,
Bulan September,
Bulan Ogos,
Tahun lepas,
Dua tahun lepas,
Tiga tahun lepas,
Senang cerita,
Awal aku kenal kau
-- tapi yelah, kau tak kenal aku
Aku dah mula teringat-ingat je
PASAL KAU.

Tapi yelah kan.
Kau, Aku, Kita
Banyak berbeza
--kaler kulit juga (haha)

Dah, aku nekad
Ya, aku nekad untuk cuba
Tak fikir pasal kau,
Tak ingat pasal kau.
Aku cuba.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi aku tak sanggup hilang dia walau dalam kepala kosong aku sekalipun

Tuesday, October 8, 2013

La Tahzan Innallaha ma'ana

Salam, ergh, bersawang bertikus, ular bersarang dah blog ni. Haha .. Tak kisah lah tu kan since i have no reader, so lantak la bersarang ke hape kan. Huhuhu

La Tahzan Innallaha ma'ana maksud dia, jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.

Sebenarnya, quote ni sangat mendalam buat aku yang asyik mengeluh, memikir tentang setiap ujian yang Allah bagi. Ujian yang dia hadirkan untuk aku dan keluarga nak tengok sejauh mana kesabaran kami.

Aku perasan, ibu tak pernah mengeluh, merungut yang terbit dari mulut dia Alhamduliilah, Astaghfirullah.... Agak kagum bila ibu boleh senyum bila dengar orang cakap itu ini. Kalau aku mau mengamuk. Aku tau, ibu nangis dalam senyum, tak tunjuk kesusahan yang diberi. Sabar ibu tinggi, nak nak bila dapat anak yang bangang macam aku. Haha balik yang tadi, bila aku cakap, " Lembut hati sangat ibu ni, lawan la orang yang suka cakap banyak tu. Nanti dia pijak kepala."

Yang ibu jawab kat aku " biarlah, selagi dia tak usik keluarga ibu, anak-anak ibu, ikut dia lah dia nak melalak apa. Buat apa nak takut? Buat apa nak melenting, buat apa nak sedih, Allah kan ada. Kalau kita redha, ikhlas, mende tu tak jadi kudis pon dekat kita

Aku tak penah setuju. TAK PERNAH

Aku tau ibu jarang mengadu kat aku kat abah. Dia lagi suka simpan sorang, kalau dah tak tahan, ibu menangis masa solat. Ibu mengadu dekat Yang Satu.

Semalam, aku tengok satu video. Baru ak faham apa yang ibu cakap. Mengadu kat manusia kadang-kadang buat sakit hati mengadu dekat Dia, beban yang dipikul mcm jauh satu-satu gedebuk- gedebak.

Ibu, maaf cakap, kakak tak sesabar ibu, tebal macam tembok batu. Sabar kakak senipis kulit bawang yang senang pecah. Kakak harap sangat punya sabar macam ibu. Harap sangat.

Tuesday, April 2, 2013

Tanda Soal dengan Tanda Titik

kau pernah bilang
"ak suka kau selamanya"
tapi tak pernah kau kata
"ak cinta kau juga"
pernah kau tau,
tentang suka dan cinta?
pernah kau sedar,
betapa besar bedanya?
kau buat ak tertanya-tanya
suka atau cinta.

mana satu cuba kau khabarkan
tak mahu ak menunggu tanpa kepastian
nanti aku nangis dalam senyum
aku gelak dalam sendu

kalau suka kau bukan cinta
terus terang dengan aku
tentu aku doakan,
agar kau terus bahagia.

jangan terus bagi aku tanda soal
lahirkan tanda titik
sebab nanti aku aku tidak akan
terus tertanya-tanya



Wednesday, March 27, 2013

Dia

Kau tanya kenapa DIA tak makbulkan
Setiap kali kau berdoa untuk jumpa manusia
Sebabnya...

DIA nak kau berhenti
Gilakan manusia,
Sebab kau lupa DIA
Setiap kali kau
Cerita Pasal Manusia

Kau patut tunduk,
Sujud pada Sang Pencipta
Bukan memuja manusia yang Dia cipta.

Sunday, March 17, 2013

cerita kita

pada satu saat ku merenungi luar jendela,
ada tangan yang sedang asyik melakar satu lukisan
dengan pelbagai warna, pelbagai cerita
aku terkesima, kagum dengan lukisan itu
bagai ada satu kisah yang sangat berharga

aku lihat kita berlari,
aku lihat kita menari,
aku lihat kita senyum lansung ketawa
aku lihat lagi, asyik sekali

kali ini aku nampak bahu yang lebar
-- tempat ak menangis
aku nampak tangan yang menggapai
-- saat aku hampir tersungkur
aku nampak air mata yang mengalir
-- waktu yang sama aku tenggelam dalam sendu
dan aku lihat banyak senyuman
-- lalu mengundang tawa yang pecah berderai
aku nampak saat kita bergaduh
aku nampak setiap saat kita bersama
tidak akan pernah aku lupa

lalu terpadam lampu sinematografi

aku kembali ke alam realiti
di ceruk ruangan sepi
dan bermonolog atas kerusi

Wednesday, March 13, 2013

untitled

i hate you.
yes, i do.
but u keep coming my way
keep bugging me.

now i fall for you
really in love with you
but then u live me - alone
in a middle of lonely night

Wednesday, January 23, 2013

Jadi, bilamana manusia asyik bercerita tentang apa yang mereka nampak dari apa yang sebenarnya terjadi. Maka terbitlah satu kesimpulan yang mana ianya yang sudah pasti tidak tepat! Apa punca, apa cerita, tadek sape pon yang tau melainkan tuan punya badan dan insan terdekat (mungkin)? Hailah, ringankan mulut bertanya dari menyebarkan cerita yang kau sendiri pon tak pasti. Atau, diamkan saja.

buat kau :-

'sudahlah bercerita tentang rasa kecewa yang katanya berpunca dari aku. Maaf, aku tahu aku silap tapi pernahkah kau tahu kecewa yang puncanya dari kau dah buat aku jatuh terduduk berkali-kali? Namun aku bangkit dan ingn terus berlari.'

'Sudahlah, tamat sudah cerita yang tak punya permulaan. Kau dengan cerita kau, aku dengan cerita aku'

Sekian. :)

Friday, January 11, 2013

Muhasabah mungkin--

Naiklah wahai 'mood'
Lompatlah tinggi-tinggi
Setinggi awan andai tidak dapat kau gapai,
Cukuplah setakat melepasi sebiji kerikil di pasiran
Senyumlah wahai bibir
Senyumlah secantik mungkin
Walaupun cuma sekadar lakonan sementara
Agar dapat kau sembunyikan
Air mata yang jatuh tanpa henti
Diamlah wahai hati jangan sampai
Kau keluarkan rahasia diri
Jangan pernah luahkan amarah 
Yang tidak dapat menghentikan gelak ketawa
Sang syaitan yang galak menghasut
Ditepi telinga kecilmu
Hingga dapat menjatuhkan air mata si ibu..................

Wednesday, January 9, 2013

Mimpi Setengah Dekad Yang Lalu

Salam yuolss! sambil tangan bz nak mati dok terselak-selak sawang yang tebal amat, kau..! Jangan memain hah! kekeke.. sihat ke kenkorang sume? *kenkorang..? ade readers ker...??* -_- Tak kisah lah ade readers ke tak de. Janji aku boleh cerita pasal mimpi setengah dekad lampau.. Mase form 2 kerrr form 3 entah......

Ceritanya berbunyi begini.. Err..? Bunyi..? korang ade dengar bunyi ke?? Or korang bace je? eh.! Melalut dah!

Ceritanya cenggini.. Satu malam tu aku mimpi aku di diagnos dengan satu penyakit yang bagi aku boleh tahan seram lah jugak.. Penyakit LEUKIMIA. Pergh..! Jalan mimpi tuh. aku inagt sampai sekarang. Aku duduk dekat meja doktor, pastu cerita yang aku sakit kepala teramat, aku sakit pinggang yang amat, aku asyik nak pitam je lah masa tu -dalam mimpi tulah- pastu doktor tuh terus cakap "Eh, awak ni positif dengan penyakit Leukimia. Tahap 4 kau! Dalam mimpi tuh doktor siap bagi aku tempoh hayat yang tinggal lagi. dalam masa sebulan. SEBULAN HOWKEI!

So, 3 hari berturut-turut aku mimpi benda sama.. Aku bingung gila. Sampai satu hari aku tak tau macam mana aku tertanya kawan aku Zatil Hanan Binti Mahmun "Atil, kalau saya meninggal awk pergi melawat tak? Awk tunggu orang kebumi saya tak?" Mula-mula dia tanya APA?  Pastu aku ulang la soalan tuh. tapi dia tak jawab. Dia diam jee. Aku pon toleh, tengok dye nangis. Pastu entah macam mana aku boleh tanye lak orang lain. Macam unconscious situation cenggitu.. Pastu ada lagi kawan-kawan tanya aku sakit ke? sakit apa? dengan keadaan bingung aku jawab LEUKIMIA woi! Tanpa pikir panjang babe! Aku pon tak tau kenapa aku jawab camtu. Ramai lah yang dengar berita tuh.. Malu gila howkei. hahaha

Geguys. Sorry pasal haritu. Sorry sangat-sangat.. *kalau korang ada baca lah blog nih* haha

Okei end of story..
See you on next post yeh.. kekekek
Salam..!

Tuesday, January 8, 2013

manusia cuma--

aku bukan sang pujangga 
yang manis di bibir
bermadah kata

ak bukanlah sang pemuisi
yang puitis menyusun kata
dengan nada yang berbeza

aku cuma insan biasa
yang ingin mengeluarkan
rasa hati yang mati