Wednesday, January 23, 2013

Jadi, bilamana manusia asyik bercerita tentang apa yang mereka nampak dari apa yang sebenarnya terjadi. Maka terbitlah satu kesimpulan yang mana ianya yang sudah pasti tidak tepat! Apa punca, apa cerita, tadek sape pon yang tau melainkan tuan punya badan dan insan terdekat (mungkin)? Hailah, ringankan mulut bertanya dari menyebarkan cerita yang kau sendiri pon tak pasti. Atau, diamkan saja.

buat kau :-

'sudahlah bercerita tentang rasa kecewa yang katanya berpunca dari aku. Maaf, aku tahu aku silap tapi pernahkah kau tahu kecewa yang puncanya dari kau dah buat aku jatuh terduduk berkali-kali? Namun aku bangkit dan ingn terus berlari.'

'Sudahlah, tamat sudah cerita yang tak punya permulaan. Kau dengan cerita kau, aku dengan cerita aku'

Sekian. :)

Friday, January 11, 2013

Muhasabah mungkin--

Naiklah wahai 'mood'
Lompatlah tinggi-tinggi
Setinggi awan andai tidak dapat kau gapai,
Cukuplah setakat melepasi sebiji kerikil di pasiran
Senyumlah wahai bibir
Senyumlah secantik mungkin
Walaupun cuma sekadar lakonan sementara
Agar dapat kau sembunyikan
Air mata yang jatuh tanpa henti
Diamlah wahai hati jangan sampai
Kau keluarkan rahasia diri
Jangan pernah luahkan amarah 
Yang tidak dapat menghentikan gelak ketawa
Sang syaitan yang galak menghasut
Ditepi telinga kecilmu
Hingga dapat menjatuhkan air mata si ibu..................

Wednesday, January 9, 2013

Mimpi Setengah Dekad Yang Lalu

Salam yuolss! sambil tangan bz nak mati dok terselak-selak sawang yang tebal amat, kau..! Jangan memain hah! kekeke.. sihat ke kenkorang sume? *kenkorang..? ade readers ker...??* -_- Tak kisah lah ade readers ke tak de. Janji aku boleh cerita pasal mimpi setengah dekad lampau.. Mase form 2 kerrr form 3 entah......

Ceritanya berbunyi begini.. Err..? Bunyi..? korang ade dengar bunyi ke?? Or korang bace je? eh.! Melalut dah!

Ceritanya cenggini.. Satu malam tu aku mimpi aku di diagnos dengan satu penyakit yang bagi aku boleh tahan seram lah jugak.. Penyakit LEUKIMIA. Pergh..! Jalan mimpi tuh. aku inagt sampai sekarang. Aku duduk dekat meja doktor, pastu cerita yang aku sakit kepala teramat, aku sakit pinggang yang amat, aku asyik nak pitam je lah masa tu -dalam mimpi tulah- pastu doktor tuh terus cakap "Eh, awak ni positif dengan penyakit Leukimia. Tahap 4 kau! Dalam mimpi tuh doktor siap bagi aku tempoh hayat yang tinggal lagi. dalam masa sebulan. SEBULAN HOWKEI!

So, 3 hari berturut-turut aku mimpi benda sama.. Aku bingung gila. Sampai satu hari aku tak tau macam mana aku tertanya kawan aku Zatil Hanan Binti Mahmun "Atil, kalau saya meninggal awk pergi melawat tak? Awk tunggu orang kebumi saya tak?" Mula-mula dia tanya APA?  Pastu aku ulang la soalan tuh. tapi dia tak jawab. Dia diam jee. Aku pon toleh, tengok dye nangis. Pastu entah macam mana aku boleh tanye lak orang lain. Macam unconscious situation cenggitu.. Pastu ada lagi kawan-kawan tanya aku sakit ke? sakit apa? dengan keadaan bingung aku jawab LEUKIMIA woi! Tanpa pikir panjang babe! Aku pon tak tau kenapa aku jawab camtu. Ramai lah yang dengar berita tuh.. Malu gila howkei. hahaha

Geguys. Sorry pasal haritu. Sorry sangat-sangat.. *kalau korang ada baca lah blog nih* haha

Okei end of story..
See you on next post yeh.. kekekek
Salam..!

Tuesday, January 8, 2013

manusia cuma--

aku bukan sang pujangga 
yang manis di bibir
bermadah kata

ak bukanlah sang pemuisi
yang puitis menyusun kata
dengan nada yang berbeza

aku cuma insan biasa
yang ingin mengeluarkan
rasa hati yang mati