Monday, February 10, 2014

KOSONG

Allah makbulkan doa aku,
Nak lupakan kau
Terus!

Sekarang kau dah takde
Dalam kepala, hati--
Semua
Kosong!

Sekarang
Aku nak rindukan kau
Macam itu hari
Tapi--
Kosong!

Yang ada cuma
Air mata mengalir
Tanpa aku minta
Setiap kali ternampak
Muka kau, wajah kau,
Walaupun aku cuma renung
Tatap,
Dengan pandangan KOSONG!

Apa yang boleh aku ucap,
ALHAMDULILLAH
Syukur kehadratMu
Kerana dengar doa
Seorang hamba yang kerdil,
Dan kosong jiwanya.
Syukur aku panjatkan
Padamu Sang Pencipta
Allah S.W.T

Wondering.

Dream just can be a dream?
Will a dream come true?
Or just a sweet dream,
That keep play while we sleeping.

Tuesday, January 28, 2014

Dosa--

Bila sang syaitan berbisik,
Buatlah kau, apa yang terang dilarang
Buatlah kau, apa yang ditegah

Bila hati kata jangan
Tapi, bahasa badan mengiakan
Bila, jiwa memberontak tidak
Tapi gerak-geri membenarkan

Dalam sedar dengan tidak,
Terpalit dosa yang kadang kecil,
Dan kadang besar.

Apa guna jika memberontak dihati dan jiwa semata?
Antara sedar dengan tidak
Sang syaitan menari, berjoget riang
Di cuping telinga tempat dia berbisik.

Sunday, January 5, 2014

Envy you.

I do adore you in a lots of  thing.
A lot!
But,
There is something that I still do envy you.
That is an only things from you.
Your Friendship
And I'll never
Take that thing from you.
NEVER!
I miss mine.

Wednesday, January 1, 2014

Buang dan Terus Lari Jauh-jauh

Aku cuba lari jauh
Dari kau
Cuba buang semua pasal kau
dari dalam kepala juga hati
Tapi..

Bila aku rindu,
Aku cari balik 
--setiap apa yg berkaitan dengan kau
Aku tengok, tenung, gelak, senyum
--malu dan segan pon datang jengah sama
Bila aku tengok
Senyuman kau,
Muka buruk kau,
Muka marah kau,
Badan kau,
Gerakan kau,
Semua pasal kau.
Aku dah gilakan?
Aku nangis bila aku fikir
--kita takkan pernah boleh sama-sama
Aku sedih bila fikir
--kita ada dalam dua dunia berbeza
Patah hati aku rasa
Yelah, bila diigatkan yang..
Sayangnya aku tak boleh doakan kebahagian kau
Sayangnya aku juga tak boleh doakan keselamatan kau
Apa jua doa tak boleh ditujukan untuk kau

Aku cuba redha  Ya Allah
Kalau kau jauhkan dia dari aku
Kalau bukan jodoh aku
--walau untuk selisih bahu sekalipun
Aku cuba untuk redha.

Aku nak buang semuanya dan terus lari jauh-jauh